Posted by : Anas Nazri Wednesday, November 13, 2013

Shahrizal Jaszle mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Petaling pada hari Selasa 12 Nov 2013.

Kes Khalwat - Shah Jaszle Tak Mengaku Salah, Farah Mengaku

Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, membuat pengakuan itu di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Bagaimanapun pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Farah Nurizzati membayar denda RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Shahrizal dengan wang jaminan RM1,500 dan menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadapnya.

Kes Khalwat - Shah Jaszle Tak Mengaku Salah, Farah Mengaku

Kejadian berlaku pada 16 Mei lalu, Shahrizal dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika di mahkamah, pelakon lelaki itu diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -