Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013



KUALA LUMPUR : Tiga gerabak tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir dari landasan di kilometer 354.88 berhampiran Stesen Rawang hari ini.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata dalam kejadian pukul 10 pagi, tren yang membawa 120 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim, Perak ke Rawang.Menurut kenyataan KTMB tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang yang terjejas dipindahkan ke stesen Rawang menggunakan Tren Enam Gerabak.“Ekoran insiden ini, beberapa perkhidmatan komuter dan ETS KTMB di Sektor Tengah terganggu, termasuk perkhidmatan komuter bagi laluan Rawang-Tanjung Malim dan tren ETS Silver dari KL Sentral ke Ipoh pada pukul 11 pagi,” jelas kenyataan itu.Perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma dari Rawang ke Serendah dan dari Serendah ke Rawang disediakan untuk membawa penumpang yang masih ingin ke destinasi mereka.Untuk Tren ETS Silver dari KL Sentral ke Ipoh, perkhidmatan ditamatkan di Stesen Rawang dan para penumpang akan menaiki bas ke Stesen Serendah sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh menggunakan ETS.Kenyataan itu turut menyebut sekiranya ada perkhidmatan tren dibatalkan, penumpang boleh meminta pemulangan tambang penuh atau menukar semula tarikh perjalanan mereka.Pada ketika ini, kerja-kerja membaik pulih landasan dan mengenal pasti punca kegelinciran masih dilakukan.  — BERNAMA

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -