Posted by : Unknown Tuesday, November 5, 2013



Pelawak yang merupakan bekas ahli kumpulan Sepah, Mamat kini kembali ke arena lawak dengan kumpulan barunya, Kucai yang akan dipertaruhkan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013)
Kali ini, Mamat akan bergandingan dengan Munir dan Arin untuk memantapkan kumpulan tersebut.
Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan kumpulan Sepah, namun Mamat menyatakan dia masih berada sayang dengan bekas kumpulannya itu.
“Saya masuk ke industri seni dengan kumpulan Sepah. Memang sudah terbiasa melakukan lawak secara berkumpulan. Jadi, saya rasa janggal jika beraksi solo di pentas MLM 2013,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.
Mamat juga mendedahkan dia boleh membaca dan menjangkakan lawak yang akan diketengahkan oleh Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Shuib dan anggota terbaru mereka, Rahim.
“Saya risau (kerana) dapat mengagak apa yang Jepp dan Shuib bakal lakukan dalam setiap persembahan mereka kerana naluri kami bertiga sangat kuat,” jelasnya.
MLM 2013 akan mempertaruhkan sebanyak 16 pelawak yang bertanding untuk merebut gelaran Maharaja Lawak Mega yang pernah dimenangi oleh kumpulan Sepah dan Jozan sebelum ini.
Sebanyak 15 peserta berkumpulan sementara pelawak dan pengacara terkenal, Nabil akan beraksi solo dalam pentas lawak tersebut.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -