Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

Noh Salleh – “Semua Atas Kehendak Nina”
RASANYA semua sudah sedia maklum akan perubahan penyanyi Mizz Nina yang kini sudah mengenakan hijab selepas menunaikan fardhu haji di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Meskipun dia sendiri belum membuat sebarang kenyataan berhubung penampilan barunya itu, suaminya, Noh Salleh menyifatkan perubahan isterinya itu bukanlah paksaan, sebaliknya datang dari diri Nina sendiri.
Memetik laporan GUA, Noh berkata, penyanyi itu kini lebih banyak mendalami ilmu agama dan boleh dikatakan berubah ’360 darjah’.
“Nina dan besar dan dia bijak. Dia tahu apa yang dia lakukan. Saya tak pernah suruh dia buat itu dan ini sebab bagi saya itu antara dia dengan Allah. Tapi jika dia buat salah, saya akan berterus-terang.
“Nina yang mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al Quran. Ada ketika dia akan meminta untuk mengaji Al Quran bersama setelah selesai solat. Perkara tu buat saya rasa sangat terharu,” ujarnya.
Ditanya adakah isterinya itu akan terus kekal berhijab, ini jawapannya:
“Macam saya cakap tadi, itu antara dia dengan Allah. Saya tak tahu kalau Nina akan terus bertudung. Dia pun tak pernah beritahu yang dia nak berhijrah. Semua yang dia lakukan atas kehendaknya sendiri.”
Apapun, kami doakan agar Mizz Nina terus mengekalkan penampilan barunya itu.
Sebabnya, semakin kita cuba berubah ke arah kebaikan, semakin ramai yang mendoakan perkara baik untuk kehidupan kita

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -