Posted by : Unknown Thursday, November 14, 2013


Aktres yang semakin hari semakin dikagumi ramai menerusi lakonannya, Nad Zainal memeberitahu dia terkejut namun berjanji akan memebrikan yang terbaik sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai hos di malam kemuncak Anugerah Skrin 2013 nanti.
Lebih mengujakan heroin drama Kampung Girl ini kerana dia digandingakn dengan dua figura yang memang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan, Awal shaari dan Faizal Ismail.
“Saya terkejut dengan pemilihan ni sebab saya masih baru. Saya percaya pihak TV3 ada sebab tersendiri mengapa mereka pilih saya untuk galas tanggujawab ini. Saya hormati keputusan ini. Saya bukan nak buktikan apa-apa tapi saya akan berikan yang terbaik pada malam itu nanti.
“Sebenarnya saya pernah cuba cari peluang jadi hos. Saya hadiri ujibakat program Remaja ketika tahun 2008. Dan saya dah pun terpilih tapi ketika tu saya sibuk dengan teater dan perlu beri tumpuan pada pengajian saya.
Selepas lima tahun akhirnya saya diberi peluang sekali lagi menjadi hos. Sebelum ni juga saya pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak, O Som. Tapi cita-cita saya sebenarnya nak jadi pembaca berita. Tapi akhirnya saya jadi pelakon”, kata Nad Zainal ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2013, bertempat di hotel Double Tree, petang semalam.
Begitupun pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin sedar tidak sikit banyak, keupayaannya tentu akan beza-bandingkan dengan Awal dan FBI yang jauh lebih berpengalaman.
Namun Nad menganggap tugas yang bakal dilaksanakan itu sebagai peluang keemasan sekaligus satu cabaran buat dirinya. Walaupun dia merasakan sepanjang siaran langsung itu nanti, tentunya dia akan teruk ‘dibuli’ dan oleh dua pengaraca lelaki popular itu, namun dia sudah bersedia.
“Faizal dia pasti akan banyak kenakan saya. Awal, dia peneutral keadaan. Saya pula, akan jadi ‘bahan’. Tapi saya tak akan berdiam diri. Saya juga tahu pasti ada yang akan membandingkan saya dengan mereka berdua, itu juga sebenarnya membimbangkan saya.
“Selain tu saya juga takut diri saya melalut dan takut tak boleh sama par dengan Awal dan Faizal bila di pentas pada malam tu nanti. Tapi saya percaya dengan latihan yang akan kami jalani nanti, semuanya akan berjalan lancar dan tak ada siapa yang akan overshadow siapa-siapa. Saya rasa dengan ilmu teater yang saya ada, saya boleh berdepan dengan penonton sewaktu siaran secara langsung itu nanti”, ujarnya yang pertama kali mengacarakan program secara langsung.
Berkonsepkan “glass”, Anugerah Skrin 2013 bakal berlangsung pada 29 November ini di Stadium Malawati Shah Alam dan disiarkan secara langsung di TV3, jam 9 malam. - Malaysian Digest

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -