Posted by : Unknown Saturday, November 30, 2013


Pelajar IKBN Nak Bunuh Diri Sebab Tak Siap Tugasan
MIRI : Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.
Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa. – Harian Metro

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -