Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

Setiap orang pasti mempunyai kenangan sama ada manis atau pahit terutamanya dizaman remaja. Begitu juga dengan selebriti Azad Jazmin atau nama sebenarnya Jazmin John Louis Jeffri, 37, pernah dihukum oleh bapanya sendiri dan di’buang’ ke India kerana kenakalannya ketika usia remaja.

Pengalaman berharga yang dilaluinya seorang diri di Madras selama enam bulan itu bukan sahaja memberi dia pengertian mengenai kehidupan tetapi ia kini berguna untuk menjayakan watak Rahul dalam filem Kolumpo.

Pengalaman Azad Jazmin Kena Hukum di India

Menceritakan pengalaman hidup di Madras pada ketika itu, Azad bukan sahaja dapat mengenali erti kehidupan ketika itu, malah dia lebih menjiwai karektor Rahul. Rahul adalah seorang pemuda dari India yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan cerita ini merupakan daripada salah satu kisah yang dipaparkan filem Kolumpo dan dibawah arahan Bront Palarae.

“Dulu saya seorang yang sangat nakal di sekolah dan hampir dihantar ke sekolah pemulihan akhlak, Hendry Gurney tetapi dihalang bapa saya yang ketika itu yang mempunyai rencana lain. Pada mulanya saya diberitahu yang dia akan menghantar saya ke luar negeri.

“Pada tafsiran saya ketika itu bapa akan hantar saya ke London sebaik tamat SPM tetapi sebenarnya saya telah dicampakkan ke Madras, India selama enam bulan untuk hidup berdikari berbekalkan duit sebanyak RM 1000. 

“Di sana saya lebih menghargai kehidupan yang saya pernah ada sebelumnya dan kini saya gunakannya untuk watak Rahul. Hidup di sana memang mencabar dan jauh berbeza dengan Malaysia. 

“Daripada cara hidup hingga perkara yang aneh dan tak mungkin berlaku di sini akan anda lalui jika tinggal di India,” cerita Azad yang seronok berkongsi pengalaman kisah perit getir tinggal di India.

Menjadi sebahagian daripada filem Kolumpo, Azad teruja membawakan watak yang sedikit berbeza dengan watak komedi yang menjadi identitinya sebelum ini. Azad memikul tanggungjawab ini dengan harapan dapat menonjolkan bakat lakonannya daripada sisi yang lain bukan komedi.

“Sebagai pelakon saya teruja dan seronok menjadi sebahagian daripada filem ini dan tidak sabar menanti reaksi masyarakat terhadap filem ini. Saya berikan jaminan yang ia adalah filem yang lain daripada yang lain dan pasti membuka minda anda tentang Kuala Lumpur daripada dimensi yang pelbagai.

“Terima kasih kepada Bront yang mempercayai saya untuk membawakan watak bukan komedi,”ucap Azad yang seronok berkongsi pengalaman ketika melakonkan watak Rahul serta kisah perit getir tinggal di India yang mematangkan dirinya.

Terbitan AutoFilms Sdn Bhd, Kolumpo dihasilkan dengan bajet yang sederhana sebanyak RM 1j dan bakal ditayangkan pada 5 Disember ini di seluruh negara.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -