Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

Bertemu Mizz Nina semasa berlangsung Shout! Awards 2013, sempat kami tanyakan beberapa soalan tentang dirinya yang sudah berhijab semenjak beliau dan suaminya, Noh Hujan pulang dari menunaikan fardhu Haji baru baru ini.
“Alhamdulillah, selepas pulang dari menunaikan Haji & selepas berhijab keadaan saya seperti biasa sahaja tetapi saya lebih berasa gembira, bebas, dan lebih diberkati. Saya berasa bersyukur juga kerana saya diberi peluang bersama-sama dengan suami menunaikan Haji bersama kerana sebelum ini saya banyak melihat pasangan yang pergi secara berasingan”
Mizz Nina juga turut memberitahu bahawa beliau dan suaminya berdoa agar dikurniakan cahaya mata ketika berada di tanah suci Mekah.
“Sudah tentu saya berdoa untuk dikurniakan cahaya mata dan bukan itu sahaja saya dan suami juga berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan kami sekeluarga,” ujarnya.
Selepas ini, Mizz Nina juga merancang untuk membuka bisnesnya sendiri dengan menghasilkan busana muslimah yang menjadikan Madena sebagai jenama keluarannya itu.
“Saya ada merancang untuk membuat bisnes dengan menggunakan jenama saya sendiri iaitu Madena yang akan menjual busana muslimah, scarf dan itu semua masih dalam perancangan yang akan terlaksana pada tahun hadapan,” katanya.
Sementara itu, Mizz Nina juga turut memberitahu bahawa beliau akan menukar konsep muziknya kepada lebih bersifat sentimental bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.
“Secara terus terangnya saya akan menukar konsep muzik saya kepada lebih perlahan dan tidak lagi seperti dahulu ini kerana saya mahu ianya lebih bersesuaian dengan pembawakan imej saya ini. Mengenai kerjaya atau single, buat masa sekarang saya ingin berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga,” ujarnya.
Tahniah juga diucapkan kepada Mizz Nina kerana dia telah memenangi Anugerah Flava Award di malam anugerah Shout! Awards 2013 semalam. (rtky/hfz)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -