Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

rompak kedai emas Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas  Ditangkap Di LCCT
Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Yang Ditangkap Di LCCT| TAHNIAH kepada pasukan khas polis yang berjaya menyiasat dan seterusnya menahan susupek utama pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, Khamis lepas.
Dia ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam.
Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah.
Kedua-dua lelaki yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan.
Suspek utama berusia 27 tahun itu mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan. Hasil siasatan lanjut, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Pandan Jaya.
Ia membawa kepada penemuan sepucuk pistol Smith and Wesson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai.
Suspek utama dan rakannya berusia 28 tahun itu menggunakan kad pengenalan palsu atas identiti dua lelaki Melayu tempatan.
Dalam kejadian Khamis lepas, seorang pengawal keselamatan lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api ke arah empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.
Kejadian yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit itu berlaku semasa pekerja premis itu sedang menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan mereka menyerahkan dulang berisi barang kemas berkenaan.
Dengan tangkapan itu, kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan kedai itu sendiri dianggap selesai.
Kelmarin, Bernama melaporkan dua lelaki ditahan dalam serbuan di Shah Alam dan Sentul bagi membantu siasatan kes samun kedai emas itu.

AisKosong

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -