Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

Semangat Puteri Walinongsari Siti Nurhaliza Buat Pahang Juara?
Tahniah diucapkan kepada skuad Toh Gajah, Pahang apabila menjuarai perlawanan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Kelantan dengan 1-0 di perlawanan akhir perlawanan di Stadium ShahAlam malam semalam.
Murai Batu lihat ramai penyokong pasukan bola sepak Pahang puas dan gembira kerana Toh Gajah akhirnya menjulang trofi Piala Malaysia, selepas sekian lama menunggu pada kali terakhir pada tahun 1992.
Murai Batu dapat tahu pada malam semalam penyokong Toh Gajah kurang sedikit daripada penyokong Kelantan yang hadir ke stadium, namun itu tidak mematahkan semangat pemain bola sepak Pahang.
Murai Batu rasa mungkin juga skuad Pahang mendapat semangat daripada penyanyi tersohor Negara kita iaitu Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin dan sumianya Datuk Sri Khalid yang sanggup turun padang buat pertama kalinya untuk menyokong pasukan negeri kelahiran penyanyi Aku Cinta Padamu itu.
Bukan Murai Batu sahaja, malah ramai juga peminat di Twiiter dan Facebook berpendapat kemenangan skuad bola Pahang adalah disebabkan Siti Nurhaliza turun padang dan menonton perlawanan itu. Biasalah, pelbagai andaian dilakukan.
Murai Batu lihat menerusi foto yang dimuat naik di dalam laman Instagram, Siti Nurhaliza dan suaminya bersemangat sehingga memakai jersey pemain bola sepak Pahang yang berwarna Kuning itu. Bukan itu sahaja Siti siap menempah khas jersey bernombor 11 dengan menulis nama singkatannya di Instagram iaitu CTKD (Siti Nurhaliza Dato’ K).
Memang semangat betul Murai Batu lihat, bukan sahaja Siti dan Dato K malah 2 anaknya iaitu Ashraf Khalid dan Aazief Khalid yang mana masing-masing turut memakai jersi kuning dari pasukan Pahang ketika bersama-sama menonton perlawanan itu.
Murai Batu juga tertarik dalam satu entri Siti di dalam Instargam miliknya apabila dia memberitahu dia membawa semangat Puteri Walinongsari iaitu puteri tercantik Pahang suatu ketika dulu. Malah Siti juga pernah membawakan lagu tradisional bertajukWalinong Sari. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -