Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013



SUSULAN kes samun Kedai Emas Tomei Di Kompleks Danau Kota, Kuala Lumpur 3 November lalu, polis kini sedang mengesan seorang wanita Filipina dikenali sebagai Norena Lamuddin @ Hasnah Hassan, 27.

Sebelum ini suspek utama kes sudah ditangkap bersama seorang lagi rakannya yang juga warganegara Filipina di LCCT, Sepang.

Bagaimanapun polis hanya berjaya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun oleh suspek.
Polis mengesyaki, barang kemas lain telah diserahkan kepada Norena Lamuddin yang merupakan teman wanita suspek.

Sehubungan itu pihak polis meminta bantuan sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita dalam gambar  ini untuk tampil memberikan kerjasama atau suspek (wanita berkenaan) sendiri, tampil di mana-mana balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Kepada mereka yang membeli atau memiliki barang kemas hasil samun, anda telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau boleh didenda.
Bagi mereka yang membeli barang kemas terbabit pula, anda dianggap telah menjalankan perniagaan yang merupakan harta curi di bawah kesalahan Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan selama 20 tahun dan didenda. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -