Posted by : Anas Nazri Wednesday, November 6, 2013

Laporan Harian Metro hujung lalu ini lebih menyentuh kepada penghijrahan Awal Ashaari dari program kegemaran ramai, Melodi kerana mempunyai komitmen yang lebih besar ketika ini dan menariknya adalah khabar angin tentang pengganti beliau.
Ketiadaan Awal Ashaari yang selama ini bergandingan dengan Zizan Razak pastinya janggal buat penonton namun ada khabar mengatakan antara calon yang dipertimbangkan ketika ini adalah Amyza Adnan dan Rozita Che Wan. Sh*t you not.
“Kata pihak yang menyampaikan berita ini, pihak produksi sudah pun menjalankan uji bakat dan mereka menilai dua artis popular, Amyza Adnan dan Rozita Che Wan atau Che Ta,” tulis laporan itu yang turut memuji kecekapan krew Melodi mencari pengganti.
Amyza Aznan kita sedia maklum sering tampil di kaca televisyen sebagai pengacara sambilan dan mungkin sampai masa untuk beliau di’berikan tanggungjawab lebih besar. Untuk Rozita Che Wan, pasti pihak produksi ada sebab kukuh memilih pelakon popular ini.
Siapa lagi anda rasa sesuai bergandingan dengan Zizan Razak untuk Melodi? (rtky/m)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -