Posted by : Unknown Thursday, November 28, 2013

Rozita Che Wan Idam 2 Anak Bersama Zain Saidin
KUALA LUMPUR : Meskipun usianya sudah memasuki 40-an, namun ianya tidak menghalang pelakon, Rozita Che Wan untuk mengimpikan 2 orang anak hasil daripada perkahwinannya yang akan datang bersama pelakon, Zain Saidin, 29.
Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata jika dimurahkan rezeki, dia mahukan sepasang anak bersama Zain yang bakal menjadi perkahwinan kali keduanya itu.
“Saya mahukan anak untuk perkahwinan saya dan Zain. Jika dimurahkan rezeki paling ramai saya mahu 2 orang anak dan lebih indah jika saya dikuniakan sepasang.
“Namun semuanya berserah kepada Allah, kalau dapat seorang anak pun cukup bersyukur,” katanya kepada media selepas sidang media pengumuman perkahwinan mereka di Setia City Convention Centre, kemarin.
Pasangan ini bakal disatukan dengan iakatan yang sah di Gazebo Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini.
Che Ta merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak lelaki iaitu Ameer Effendy , 17 dan Aniq Erza yang kini berusia 15 tahun.
Ditanya bagaimana penerimaan anak-anaknya, Che Ta memberitahu mereka ada mengaku yang takut kasih sayang ibunya nanti berbelah bahagi.
“Sebenarnya anak-anak sudah lama kenal Zain dan mereka pun sudah mula rapat. Cuma akhir-akhir ini mereka ada beritahu takut kasih sayang saya berbelah bahagi bila saya berkahwin dengan Zain nanti.
“Tapi, saya janji kasih sayang saya kepada mereka tidak berubah. Cuma kehidupan saya sahaja yang akan berubah apabila kembali menguruskan suami nanti,” jelasnya.
Pasangan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam.
Sebelum itu, pasangan selebriti ini bakal mengadakan majlis berinai di Ndah Mahligai, Shah Alam sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 10 Disember ini. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -