Posted by : Unknown Monday, November 25, 2013

 Sebelum ini pernah tersiar dalam akhbar tempatan mengenai tarikh pernikahan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang bakal mengambil tarikh 11 Disember 2013 atau 11.12.13 nampaknya benar dan tepat.

Rozita Che Wan & Zain Saidin Sah Nikah 11 Disember, Terima Tajaan RM1.21 Juta

Pasangan itu mengesahkan mereka bakal disatukan pada tarikh berkenaan bertempat di Gazebo Setia, City Convention Centre, di sini pada pukul 7.30 malam pada tarikh berkenaan.

Dalam satu sidang akhbar yang sedang berlangsung ketika ini, pasangan tersebut turut mengesahkan bakal mengadakan majlis persandingan pada 13 Disember di lokasi yang sama.

Majlis pernikahan kedua-dua selebriti yang bakal dianggap Weeding Of The Year ini turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang mengaku telah berhabis sebanyak RM200,000 untuk pra perkahwinan mereka sehingga kini dilaporkan bakal menerima tajaan yang lumayan berjumlah RM1.21 juta.

“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami dan pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.

Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang di hajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -