Posted by : Anas Nazri Wednesday, November 6, 2013

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dafi, 25, yang telah berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Crystal Stars Music Fest di Romania pada Sabtu lalu.

Tahniah, Dafi Menang Tempat Ke Tiga di Romania

Dafi yang kedudukannya di belakang peserta Romania dan Ukraine, mendendangkan lagu Dalam Hati Ini.

Pada pertandingan tersebut, penyanyi Amanda Imani dilantik sebagai juri pertandingan yang diadakan bagi memperingati Raja Pop, Michael Jackson

"Memang Amani menjadi juri tetapi dia tidak boleh mengadili saya memandangkan kami dari satu negara.

"Melalui 50 penyertaan yang dihantar, hanya lapan yang terpilih bertanding dalam kategori 19 tahun ke atas. Sungguhpun hanya tempat ketiga saya fikir ini merupakan saat terbaik untuk diri saya dan peminat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -