Posted by : Unknown Thursday, November 28, 2013

Takut Penjenayah, Nabil Tukar No. Plat Kereta
Akibat keretanya dipecah oleh perompak baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengambil keputusan mahu menukar nombor plat keretanya itu.
Ini kerana nombor plat kereta Mitshubishi Lancer yang digunakannya itu mengandung kombinasi huruf dan nombor yang ada persamaan dengan namanya.
“Ini merupakan pengalaman pertama apabila kereta saya dipecah masuk dan ia membuatkan saya risau apa yang bakal terjadi pada masa depan jika penjenayah atau sesiapa sahaja mengetahui ia adalah kereta saya kerana nombor pendaftarannya. Tindakan itu juga bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga,” katanya yang dipetik menerusi mStar Online.
Nabil menyedari keretanya dipecah masuk oleh penjenayah selepas dia dan isteri, Nazirah Ayub serta anak mereka Naira Mikayla selesai makan malam di Sungai Buloh.
Walaupun tidak kehilangan barang berharga namun kad pengenalan Nabil serta beg galas yang diisi baju sukan telah dilarikan oleh penjenayah tersebut.
Nabil juga sempat menitipkan pesan kepada rakan-rakan selebriti lain memang seronok memiliki nombor pendaftaran yang unik dan glamor, namun impaknya lebih berbahaya apabila ianya turut mengundang perhatian orang yang mempunyai niat tidak baik.
“Saya nasihatkan buat para artis, walaupun seronok memiliki nombor plat seperti yang diinginkan, tetapi ia sebenarnya membahayakan. Lebih baik kita menggunakan nombor biasa sebagai langkah keselamatan,” katanya lagi. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -