Posted by : Anas Nazri Wednesday, December 18, 2013

Adi Putra Hormat Keputusan Untuk Buka Semula Kes, Tidak Akan Tunduk Pada Suami Aida
 Selepas mengadakan sidang media khas pada minggu lepas, kini pelakon kacak Adi Putra memberitahu bahawa dia menghormati keputusan pihak Nooraida untuk membuka kembali kesnya sebelum ini.

“Saya tidak ada masalah sekiranya pihak mereka ingin membuka kembali kes sebelum ini dan saya menghormati keputusan mereka dan apa sahaja mereka mahu lakukan teruskan sahaja dan sekali lagi saya menghormati pendapat dan keputusan mereka. Kita tidak ada kuasa untuk menghalang perkara ini,” katanya ringkas.

Adi turut memberitahu bahawa dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri apabila tidak mengikut apa yang dimahukan pihak Nooraida mengenai kes ini.

“Bukan tak mahu ikut tetapi setiap orang mempunyai prinsipnya yang tersendiri dan jelas di sini saya mempunyai prinsip mengapa saya tidak mahu mengikuti cakap mereka dan biarlah saya sendiri yang mengetahuinya,” ujarnya penuh berhati-hati.

Walaubagaimanapun, ini tidak menjejaskan karier lakonannya.
“Alhamdulillah kerjaya lakonan saya berjalan seperti biasa dan peminat peminat juga sentiasa memberikan sokongan yang baik terhadap saya — perkara atau kes ini tidak sedikit pun menjejaskan karier lakonan saya ini”

“Sementara itu, di laman Twitter dan Instagram saya membalas komen peminat-peminat saya seperti biasa, “ ujarnya ketika majlis pra tonton filem lakonan terbarunya berjudul Balistik yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2014. – Roti Kaya

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -