Posted by : Unknown Tuesday, December 17, 2013

Alyah Akui Dalam Proses Kenal Hati Budi Ramli MS
Penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati, Alyah mengakui kini dirinya sedang dalam proses mengenali hati budi pengarah muzik tersohor, Ramli MS.

Sebelum ini kedua-dua figura seni ini lebih senang mendiamkan diri daripada menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai.

Kini, penyanyi kelahiran Johor itu mengambil pendekatan bersikap matang dengan mengesahkan tetapi tidak pula memperagakan teman lelakinya kepada umum.

“Saya mengaku terbatas untuk buat begitu sebab dia (Ramli) tidak suka bercerita. Cuma, kalau saya nak bercakap saya boleh. Itu hak saya. Tapi atas dasar hormat, saya hadkan. Fikirlah, untuk apa saya nak sorok? Saya penyanyi dan ini adalah kerjaya saya yang melibatkan soal peribadi turut menjadi fokus orang ramai,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Selain itu, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan mendedahkan ciri-ciri kebapaan yang ada dalam diri Ramli membuatkan dia tertarik dengan lelaki berkarisma itu.

“Saya memang suka lelaki yang banyak ciri kebapaan, tegas dan mengambil berat. Tiada apa pada dirinya yang saya mahu lihat ada perubahan,” ulasnya lagi.

Untuk makluman, Ramli merupakan duda anak seorang, anak perempuan tunggalnya kini sudah pun meningkat remaja. – MyNewsHub
Alyah Akui Dalam Proses Kenal Hati Budi Ramli MS

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -