Posted by : Unknown Monday, December 16, 2013

Amar Baharin memperlihatkan keberanian meluahkan rasa terbuku dengan sikap pihak tertentu yang mahu menutup peluang pelakon lain sepertinya.


Caranya ialah dengan menerima bayaran sekalipun sangat rendah daripada penerbit, asalkan boleh berlakon.

Amar menganggap sikap seperti ini adalah agenda membunuh industri filem dan drama. Ini kerana pelakon yang mahu mengangkat industri filem akan tersingkir kerana ada yang menawarkan bayaran lebih murah di tahap tidak munasabah.

Mengakui pernah ‘terkena’, Amar turut menyatakan rasa gusar andai sikap tersebut akan membunuh industri filem kelak.

“Ada dalam kalangan pelakon yang menurunkan harga bayaran mereka semata-mata untuk berlakon jadi hero dalam stesen televisyen tertentu.

“"Sudahlah bayaran yang ditawarkan itu rendah, tapi boleh kasi lebih rendah lagi," katanya lagi.

Pada masa yang sama Amar turut menyatakan rasa syukur kerana menerima banyak tawaran berlakon pada hari ini.

Mementingkan pengalaman sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, itu juga yang diharapkan Amar daripada mana-mana penerbit.

Sementara itu Amar juga melahirkan rasa bosan apabila kerap diajukan persoalan yang sama mengenbai gosip dengan seorang pelakon.

Bahkan dia turut kesal apabila penjelasan yang dibuat sebelum ini dipanjangkan sehingga mengganggu emosinya.

Menganggap gosip itu umpama kisah paling seram sepanjang tahun ini, Amar turut risau andai cerita itu mengguris perasaan keluarga pelakon tersebut.

Sebagai artis, Amar mengerti lumrah kerja yang sentiasa terdedah dengan cerita-cerita kurang menyenangkan.

“"Seseorang artis itu tak boleh terlalu melatah kalau dicuit dengan cerita-cerita gosip. Kenalah bijak mengawal keadaan biarpun sukar nak memuaskan hati semua pihak," katanya yang mengambil langkah berhati-hati.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -