Posted by : Anas Nazri Friday, December 13, 2013


Cuba bayangkan, aktres genit, Anzalna Nasir yang mula dikenali menerusi watak antagonis dalam drama bersiri siaran Astro Mustika HD, ‘Adam dan Hawa’ menjadi seorang perempuan simpanan. Dengan penampilan yang jelita dan gaya yang menggoda, pastinya Anzalna berupaya menjadi seorang ‘perempuan simpanan’ yang digilai ramai lelaki. Mungkin percaya dengan kemungkinan itu, Anzalna mendedahkan yang dia kini sudah bersedia untuk menjadi seorang perempuan simpanan.

Tapi itu semua merupakan watak terbaru yang bakal Anzalna lakonkan dalam drama bersiri berjudul ‘Aku Isterinya’. Anzalna bakal menggalas watak utama sebagai Mya Arlissa. Drama yang diadaptasikan daripada novel berjudul ‘Aku Bukan Mistress’ hasil nukilan novelis Acik Lana ini bakal menjalani penggambaran pada awal Januari hadapan.

“Saya akan memegang watak Mya Arlissa, seorang perempuan simpanan. Apabila kita berbicara mengenai perempuan simpanan, pastinya orang akan menganggap mereka berperangai teruk, namun begitu dalam novel ini, kisah yang berlaku adalah sebaliknya. Mya menjadi perempuan simpanan tanpa kerelaan hatinya,” tutur Anzalna memulakan bicara.

“Umum tahu bahawa drama bersiri ini diadaptasikan daripada novel. Jadi sebagai persiapan, saya membeli novel itu dan membacanya sehingga selesai. Sebenarnya, saya agak takut juga untuk membawakan watak ini kerana drama ini merupakan drama adaptasi novel dan pastinya novel tersebut mempunyai kelompok peminat sendiri. Jadi saya mengambil inisiatif untuk menghayati watak Mia dengan membaca novel agar saya dapat menyelami watak Mia seperti yang dibayangkan oleh pembaca novel,” ujar Anzalna yang bakal ke London untuk melawat keluarganya.

“Saya mahu bersiap sedia sepenuhnya dengan membaca novel ini supaya dapat menjadi bekalan untuk saya apabila melangkah ke lokasi penggambaran kelak. Dalam drama ini, saya bakal bergandingan dengan Izzue Islam dan pengarahnya pula adalah Fairuz Loy,” jelas Anzalna yang ditemui di Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 dan TV9 di ASWARA pada Rabu.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Jelajah DFKL, Anzalna menjelaskan yang dia dijemput untuk sama-sama berkongsi pengalamannya dalam dunia hiburan.

“Saya gembira untuk berkongsi pengalaman saya dengan pelajar-pelajar di sini. Bukan sahaja saya bercerita mengenai pengalaman saya dalam dunia seni dengan mereka, saya juga turut belajar dan mengambil input daripada respon yang diberikan oleh pelajar-pelajar di ASWARA. Saya pun ingin tahu bagaimana caranya mereka belajar mengenai lakonan kerana mereka menghadiri kelas formal tentang ilmu lakonan, manakala saya pula belajar daripada pelakon-pelakon senior,” tutur Anzalna.

“Saya juga mengambil peluang ini untuk bertemu sendiri pelajar-pelajar ASWARA. Sebelum ini, saya hanya mendengar sahaja mengenai ASWARA. Apa yang saya tahu, ramai pelakon yang berbakat dilahirkan di sini. Apabila saya sudah berada di sini, saya juga turut berbangga apabila ASWARA menjadi salah satu institusi dalam melahirkan karyawan dalam industri seni yang mempunyai pelajaran formal dalam bidang yang diceburi,” tutur Anzalna mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -