Posted by : Anas Nazri Friday, December 13, 2013

Syasya Legoland Bakal Jadi Artis, Duet Dengan Erry Putra
Nampaknya, produser-produser diluar sana memang tidak akan berputus asa untuk mencari bakat-bakat baru di Youtube. Tapi nampaknya, bakat sudah tidak dipandang lagi. Yang penting, video anda jadi viral dan popular, sudah.
Kami berani katakan ramai antara anda yang tidak setuju dengan pengambilan Bobo sebagai pelakon oleh David Teo sebelum ini, kan? Dan lagi sekali, kami berani katakan anda juga tidak setuju dengan video muzik di sebalik tabir rakaman ini, kan?
Selepas video ‘Macam Cantik Macam Comel’ menjadi bahan bualan netizen dan popular di laman sosial, Syasya bakal mempunyai muzik video sendiri tidak lama lagi. Bukan seorang diri, Syasya sebenarnya berduet dengan pelakon, Erry Putra. Haa, kau hado?
Syasya Legoland Bakal Jadi Artis, Duet Dengan Erry Putra
Sedutan dari video yang mempopularkan Syasya sebelum ini
Menerusi video ini, Erry Putra mendedahkan pada awalnya dia mencipta lirik lagu ini selepas melihat video viral Syasya.
“Sebenarnya saya cipta lagu ni, kali pertama saya tengok video dia. Tapi saya tak terfikir pula saya akan buat lirik begitu. Bila saya dengarkan balik, macam kena je lagu tu dengan ayat yang dia cakap macam comel macam cantik.” – Erry Putra
Apa yang mampu kami katakan secara jujur dan ikhlas, carilah penyanyi atau pelakon yang benar-benar berbakat diluar sana. Bukannya melalui populariti dan populariti dan populariti semata-mata.
Tanpa bakat, umpamanya jadi artis mee segera. Cepat ‘siap’ dan cepat ‘habis’ walaupun sedap. Seronok tapi sedih.
Mari lihat video di sebalik tabir rakaman Macam Cantik Macam Comel – Erry Putra Feat Syasya Solero selepas ini.
In before, Megaboys baru je nak popular dengan Seperti Rihanna, dah kena cantas dengan Syasya. Jujurnya, dua-dua video bikin sakit kepala.-OHBULAN!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -