Posted by : Unknown Tuesday, December 17, 2013

Che Ta Belum Sempat Penuhi Tanggungjawab Isteri
KUALA LUMPUR : Telatah dan gelagat bersahaja Che Ta mungkin antara daya penarik yang ada dalam diri aktres jelita tersebut hingga memikat hati Zain Saidin yang kini sah bergelar suami Che Ta.
Kerana sibuk memenuhi aturcara sebagai pasangan yang baru berkahwin, Che Ta belum lagi sempat melunaskan tanggungjawab sebagai isteri.
Namun begitu Zain sebagai suami memahami situasi tersebut dan yakin Che Ta akan menunaikan janjinya itu selepas ini. Geng Murai sempat merakamkan video ketika pasangan ini ditemui pada majlis resepsi Jumaat lepas.
Sebelum itu, dengan sekali lafaz, pelakon, Rozita Che Wan,40, sah menjadi isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 29, di majlis akad nikah yang diadakan di Setia City Convention Centre, pada jam 9.05 malam 11 Disember lalu.
Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik kepada pengantin perempuan, Roshidi Che Wan. Astro Ria merupakan penyiar rasmi majlis pernikahan pasangan selebriti itu. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -