Posted by : Anas Nazri Tuesday, December 3, 2013

Chef Wan Mengamuk Hidangan Dah La Tak Asli Tapi Caj Mahal Nak Mampus!
 Chef terkenal di Malaysia Chef Wan semalam berang dengan menu Nyonya Laksa di kafe sebuah hotel terkenal di ibu negara kerana ia didakwa tidak menghidangkan hidangan sebenar Nyonya Laksa.
Menurut beliau menu Nyonya Laksa yang disediakan chef di hotel itu tidak asli dan ia dicaj RM40 setiap satu.
Chef Wan Mengamuk Hidangan Dah La Tak Asli Tapi Caj Mahal Nak Mampus!
Chef Wan berkata beliau dengan sikap chef yang semakin malas dalam menyediakan masakan dan mahu mereka yang dimaksudkannya itu dihukum.
Beliau mengambil tindakan berjumpa dengan Pengurus restoran berkenaan.
“Saya begitu kecewa dengan menu Nyonya Laksa dari Mandarin Oriental, bukan sahaja versi ia dilihat sebagai Mee Kari yang telebih rempah dan rasa macam Makjun tetapi resipinya juga salah, saya memanggil pengurus restoran dan memaklumkannya perkara ini,” katanya di laman Instagramnya.
Beliau berkata jika mahu menipu pihak hotel boleh menipu orang lain tetapi bukan dirinya.
“Untuk semangkuk harganya RM40 saya tidak boleh menerimanya, mereka mesti menyediakan Nyonya Laksa yang sebenar,” katanya.
Chef Wan Mengamuk Hidangan Dah La Tak Asli Tapi Caj Mahal Nak Mampus!
Chef Wan turut berkongsi gambar menu klasik Nyonya Laksa daripada buku beliau The Best Of Chef Wan Taste Of Malaysia yang memenangi anugerah World Gourmand Best TV Chef Cookbook di Paris pada April lepas. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -