Posted by : Unknown Tuesday, December 10, 2013

Nampaknya keputusan nekad Johan As'ari untuk menyunting Lana Nordin sebagai suri hatinya menerima banyak dugaan, halangan dan cabaran.


Antara gosip terkini mengatakan Johan As'ari diberitakan telah berpindah keluar dari rumah keluarganya gara-gara cintanya dihalang oleh keluarga terutamanya ibunya.
"Saya masih tinggal bersama keluarga tau. Saya tidak tahu bagaimana kisah ini keluar. Mana dapat cerita ni?" Kata Johan.

"Mungkin tidak lama lagi saya akan berkahwin, banyak kena berubah. Apa yang penting adalah tolonglah sama-sama mendoakan kebahagiaan saya," Tambahnyanya lagi.
Dalam pada itu, seorang rakan artis turut bercerita mengenai kejadian pada malam Anugerah Skrin Jumaat lalu. Khabarnya Johan telah menerima amaran daripada ibunya agar tidak pergi ke sana bersama Lana. Malah situasi itu agak tegang sehingga mengganggu emosi Johan.

"Itu lagi satu cerita tak betul. Realitinya, hubungan dengan keluarga masih berada dalam keadaan baik.," Memahami bahawa ibunya mahukan wanita terbaik mendampingi dirinya, Johan menyerahkan jodohnya sebagai urusan Allah.

"Hubungan saya dengan keluarga masih baik. Orang hanya membuat spekulasi kononnya kami renggang, tidak betul. Saya kena banyak berdoa semoga semuanya okey dan keluarga gembira dengan pilihan ini," katanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -