Posted by : Unknown Wednesday, December 4, 2013

Fizz Fairus yang ditemui ketika majlis pembukaan kedai pertama Lord’s Tailor di Pavilion KL memberitahu yang dia tidak tahu status yang ditulis oleh Almy Nadia di aplikasi permesejan WeChat di tujukan kepada siapa.

Fizz Fairuz Tak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa

“Hubungan saya dengan Almy seperti biasa. Kami baik dan masih berhubung seperti biasa cuma status kemarahan yang dipersoalkan sebelum ini saya sendiri pun tak tahu kenapa dan untuk siapa,” jelas Fizz Fairuz yang diminta mengulas isu tersebut.

“Perancangan untuk berkahwin saya adalah pada tahun hadapan jika tiada aral melintang tetapi masih belum mempunyai rancangan tarikh yang mana kerana kami mahu dahulukan majlis perkahwinan adik saya,” tambahnya lagi.

Menurut Fizz lagi dia yang sebelum ini dikatakan telah tersingkir dari Liga Lawak Superstar di TV3 menegaskan bahawa dia masih muncul dan hubungan bersama rakan sekumpulan Apa Kasih Toq, Kamal Adli sudah kembali seperti biasa selepas timbul salah faham antara mereka selepas dikatakan tidak dapat memberi komitmen.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -