Posted by : Unknown Thursday, December 5, 2013

GM Hotel Mewah Minta Maaf Dengan Chef Wan Gara Gara Laksa Nyonya Tak Sedap
KL : Murai Batu agak tergamam apabila terbaca tulisan selebriti chef terkenal dunia, Datuk Chef Wan dalam laman Instagram peribadinya berkenaan perasaan tidak puas hati dengan juadah Laksa Nyona sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.
Bukannya terkejut dengan apa yang dingomel oleh Datuk Chef Wan, tetapi sikap acuh tak acuh chef hotel berkenaan yang telah menyediakan hidangan tempatan yang tidak mengikut resipi yang betul.
Nasib chef berkenaan agak malang, kerana hidangan terkenal masyarakat tempatan itu telah dirasai oleh seorang pakar masakan tanah air yang juga duta hidangan negara di peringkat antarabangsa.
Bagi pandangan Murai Batu, kalau hidangan itu disediakan kepada tetamu luar, tidak mengapalah. Bolehlah mereka mahu kelentong, tetapi kalau sudah Datuk Chef Wan merasainya sendiri. Jadi salah orang lah nampaknya.
Apatah lagi, hidangan tempatan tidak kira Melayu, Cina,Baba, Nyonya mahupun India adalah kepakaran Datuk Chef Wan. Kalau tidak, mana mungkin dia mendapat gelaran Datuk dan Selebriti Chef Terbaik Dunia.
Menurut hasil tulisan Datuk Chef Wan, Laksa Nyonya berhargaRM40 yang disediakan oleh hotel mewah berkenaan tidak memiliki citarasa sebenar resipi berkenaan, bagaikan sudah terlebih rempah.
Kekecewaan Datuk Chef Wan itu telah dikongsi dengan pengurus restoran berkenaan dan nampaknya telah mendapat maklum balas positif bukan sahaja daripada peminatnya, malahan juga pihak hotel berkenaan.
Menurut sumber kepada Murai Batu, Datuk Chef Wan yang ditemui dalam sebuah majlis fesyen petang semalam, telah dihubungi oleh pihak restoran hotel mewah berkenaan dan meminta maaf dengan insiden berkenaan.
Alamak, lega Murai Batu dengar berita ini. Harap-harap pihak hotel berkenaan dapat mengambil tindakan setimpal supaya tidak berlakunya insiden seperti ini lagi.
Ketika ditanya oleh pihak media semalam, Datuk Chef Wan secara peribadi telah meminta maaf dengan pihak hotel berkenaan sekiranya tulisannya itu telah menyinggung perasaan pihak terbabit kerana ada sebahagian ditulisannya hanyalah sebagai lawak jenaka semata-mata.
Datuk Chef Wan memberi tahu, bahawa apa yang dituliskannya itu tidak lain tidak bukan hanya untuk menegur pihak berkaitan untuk menyediakan hidangan tempatan mengikut resipi yang tepat, tanpa mengubah citarasa asal.
Baginya, setiap hidangan tempatan haruslah disediakan mengikut piawaian yang tepat bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Asalkan bahan-bahan dan citarasanya asli, tidak ditokok-tambah. Betul tak?
Murai Batu: Pernah rasa sendiri Kari Laksa Datuk Chef Wan yang disediakan untuk produksi TV antarabangsa. Memang sedap lagi asli. – Murai

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Memang betul dan patut Chef Wan tu mengamuk kat hotel yang kononnya 5 bintang tu...kalau diikutkan apa yang dikatakan Chef Wan tu sepatutnya chef2 dimana2 hotel 5 bintang ke...4 bintang ke...3 bintang ke...2 bintang ke...1 bintang ke...atau apa2 bintang ke...harus diberi kursus sebab kes2 begini memang selalu berlaku...kadang2 makan kat kedai biasa tu lagi sedap dan lazat...dari pengalaman aku juga sebagai chef, biasanya kalau memasak tu main lempar2 aje...masukkan bahan2 yang patut kedalam kuali...tambahan pulak kalau banyak order...tak menang tangan nak teliti sesuatu resipi tu...aku sendiri pun biasa makan kat hotel2 berbintang ni...tetapi memang ada juga makanan macam 'sampah' dihidangkan...aku tukang masak maka aku tahulah setiap rasa makanan tu...buat malu aje...

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -