Posted by : Anas Nazri Monday, December 16, 2013

Izzue Islam Nafi Akan Disingkir Forteen Kerana Masalah Disiplin
 Sebelum ini terdengar isu yang mengatakan pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam tidak berdisiplin dan tidak menghadiri persembahan bersama sama dengan kumpulannya Forteen dan bertemunya baru baru ini dia menjawab semua persoalan berkaitan.

“Sebenarnya tidak ada isu, malah sekiranya saya tidak dapat membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Forteen saya akan memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu. Pihak pengurusan saya sendiri sedia maklum mengenai jadual saya yang terikat dengan lakonan dan juga nyanyian. Mereka tidak ada masalah mengenai itu dan hormati kerja saya,” ujarnya.

Izzue Islam juga cukup sedih apabila diajukan soalan sekiranya suatu hari nanti dia terpaksa meninggalkan kumpulan Forteen kerana isu sebegitu.

“Apa yang ingin saya perkatakan adalah saya cukup sedih sekiranya saya terpaksa keluar dari kumpulan Forteen ini. Tetapi saya berharap perkara itu tidak berlaku dan saya akan terus bersama sama dengan kumpulan Forteen,” katanya.

Sementara itu, Izzue Islam telah memberitahu bahawa dia dan isterinya menggunakan produk Aura White dalam menjaga penampilan dan kesihatan mereka. Izzue Islam yang ditemui ketika majlis pelancaran Aura White & Aura Men telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru jenama tersebut iaitu Aura Men yang menampilkan dia dan bersama Hanez Suraya.

“Saya sebelum dilantik untuk menjadi duta kepada produk Aura Men ini, saya dan isteri memang mengamalkan pemakanan tambahan ini dan apabila diketahui oleh pemilik Aura White, Puan Ferina dia melamar saya untuk menjadi duta kepada produk terbaru khas untuk lelaki, Aura Men”

“Mula-mula sebelum saya mengamalkan Aura White, saya ada bertanyakan pada isteri adakah produk ini boleh diambil oleh kaum lelaki dan isteri saya kata boleh, saya hanya perlukan Aura Men sebagai makanan tambahan kerana ianya khas dibuat untuk lelaki,” katanya. – Roti Kaya

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -