Posted by : Unknown Monday, December 9, 2013

Belum sampai sebulan daripada tarikh pernikahan yang berlangsung secara rahsia pada 17 Oktober lalu, perkahwinan pelakon Asmirandah dengan Jonas Rivanno  terpaksa dibatalkan kerana perbezaan agama mengejutkan semua pihak.

Jonas Murtad Kerana Keluarga, Asmirandah Serah Pejabat Agama

Semuanya berlaku apabila Jonas dikatakan kembali ke agama asalnya Kristian, biarpun sudah rasmi bergelar seorang Islam pada 21 Ogos lalu.

Paling menyedihkan apabila Jonas menafikan dia pernah mengucap dua kalimah syahadah, menjadi mualaf dan menjalani kehidupan Islam selepas perkahwinannya diketahui umum.

Tindakan Jonas yang mempermainkan agama Islam itu membangkit kemarahan dalam kalangan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Front Pembela Islam (FBI).

Semuanya mendesak Jonas bertaubat. Dan apa yang lebih mengejutkan apabila Jonas bertegas untuk tidak menukar kembali agama yang dianuti sejak lahirnya itu.

Malah dengan angkuhnya Jonas berkata, masalah perbezaan keyakinan adalah dugaan yang perlu ditangani bersama Asmirandah. Orang luar tidak perlu tahu apa keyakinan yang dipilihnya pada saat ini.
"Masalah keyakinan adalah urusan peribadi saya. Sebab itu perlu ada perbincangan secara matang bersama keluarga terdahulu baru diceritakan kepada umum," katanya pada satu sidang akhbar dibuat bersama Asmirandah baru-baru ini."
Kenyataan Jonas disambut Asmirandah yang mengatakan dia terpaksa membubarkan perkahwinannya demi menghormati keputusan ‘suaminya’ itu.

Baginya masalah perbezaan agama antara dia dan Jonas memerlukan penelitian. Justeru dia menyerahkan urusan itu kepada Jabatan Pengadilan Agama Depok, Jakarta.
"“Saya masih tahu hukum agama. Mana yang terbaik untuk saya atau bagaimana, saya akan patuhi. Vanno (panggilan untuk Jonas) juga tidak menghalang saya untuk membubarkan perkahwinan ini.

"“Memang wujud perasaan kesal atas apa yang berlaku. Tapi saya berserah kepada-Nya. Apa yang terbaik akan saya terima dengan reda," kata wanita berketurunan Belanda ini lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Asmirandah dikatakan berasa was-was apabila Jonas mengatakan hasratnya untuk kembali kepada agama Kristian selepas hubungan mereka sah sebagai suami isteri.

Jonas turut memberitahu dia berasa serba salah kerana membelakangi keluarganya semata-mata untuk berkahwin dengan Asmiranda.

Namun begitu ada pihak yang mendakwa Jonas ‘terpaksa’ berbuat sebegitu selepas diugut keluarga yang membantah sekeras-kerasnya perkahwinan mereka.

Sementelah berkahwin secara senyap-senyap, Jonas tidak menyangka keputusan yang dibuat itu bertukar menjadi malapetaka besar.

Pun begitu bukan keluarga Jonas sahaja yang membantah perkahwinannya. Keluarga Asmirandah turut menyatakan pendirian yang sama.

Lantas pembubaran perkahwinan adalah jalan terbaik buat mereka berdua. Dan kini baik Asmirandah mahu pun Jonas kini sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -