- Back to Home »
- artis »
- Nelydia Senrose Akui Qi Razali Cemburu
Posted by : Unknown
Monday, December 9, 2013
Pelakon Nelydia Senrose mengakui kekasihnya, Qi Razali berasa cemburu dengan gambar mesranya bersama hero drama lakona terbarunya, Sharnaaz Ahmad.
Namun, Nelydia mengatakan perkara itu sudah pun selesai selepas Sharnaaz tampil meminta maaf kepada Qi mengenai perkara itu.
Sebelum ini, Qi dikatakan memuat naik status di Twitter yang difahamkan ada kena mengena dengan gambar mesra Nelydia bersama Sharnaaz yang dikongsikan aktor itu menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
“Semua yang berlaku adalah perkara kecil saja, ia sekadar salah faham. Saya dan Sharnaaz adalah pasangan suami isteri dalam drama berkenaan. Apaa ditulis Sharnaaz adalah sebahagian dialog drama itu.
“Tapi apabila Sharnaaz memuatkan gambar mesra kami di lokasi menerusi IG, sebagai kekasih, Qi pasti berasa cemburu kerana dia pada awalnya tak tahu cerita sebenar,” ujarnya yang dipetik menerusi akhbar sisipan Bi-Pop, hari ini.
Kesian Sharnaaz, lepas satu-satu namanya dikaitkan dengan pelakon wanita yang digandingkan dengannya.
Sebelum ini namanya pun dikaitkan menjadi penyebab kepada keruntuhan hubungan Uqasha Senrose dengan Pekin Ibrahim.
Namun, selepas penjelasan dibuat, hubungan Uqasha dan Pekin kini sudah kembali baik seperti biasa. – MyNewsHub