Posted by : Unknown Friday, December 6, 2013

kad kahwin rozita che wan  zain saidin sangat eksklusif

Ramai betul yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan termasuklah pasangan selebriti yang tengah hot sekarang ni iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang akan bernikah pada 11 Disember ini.
Memandangkan pernikahan mereka tidak lama sahaja lagi, Murai Batu dengar Che Ta dan Zain Saidin pun sedang sibuklah menghantar kad jemputan kahwin kepada jemputuan yang meraikan hari bagainya nanti.
Pihak Murai pun ada menerima kad jemputan daripada mereka. Murai Batu baru sahaja lihat kad kahwin mereka itu ia nampak sangat eksklusif dan mewah.
Mereka bukan sahaja bagi 1 kad jemputan tetapi 2 kad jemputan untuk pihak Murai. Kad nikah mereka berwarna merah jambu dan kad resepsi mereka pula berkulit hitam dan berupa seperti kotak.
Cantik sangat kad yang diberikan itu di dalam kad itu terdapat wajah pasangan ini berdua tersenyum. Tak silap Murai Batu gambar itu diambil ketika majlis merisik mereka sebelum ni.
Tak sabar Murai Batu nak menantikan majlis perkahwinan mereka yang bernilai RM13 Juta itu. Murai Batu dapat bayangkan pasti mewah dan meriah serta akan menjadi wedding of the year pada tahun ini.
Namun bukan mereka sahaja pasangan yang akan berkahwin pada hari itu, Murai Batu sebenarnya tak sabar juga hendak melihat perkahwinan ala jawa Jovian Mandagie dan pasangannya pada hari yang sama.
MuraiBatu: Sini sana orang kahwin, Murai Batu juga yang kesepian.

{ 2 comments... read them below or Comment }

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -