Posted by : Unknown Saturday, December 21, 2013

Biarpun enggan menggunakan istilah kekasih ataupun pasangan bercinta, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui telah memperkenalkan Nur Fathia Abdul Latiff menemui keluarganya.
Kekasih Hati? Aiman Mengaku Bawa Nur Fathia Jumpa Keluarga

Aiman, 24, berkata, pelakon itu merupakan wanita pertama yang diperkenalkan kepada keluarganya.

"Ya, kami sudah bertemu keluarga masing-masing dan dia adalah wanita pertama yang saya bawa bertemu dengan keluarga saya.

"Sebelum ada apa-apa ikatan yang sah, hubungan kami tetap dianggap sebagai kawan sahaja dan biarlah mengenai perasaan itu antara kami sahaja yang mengetahuinya," katanya kepada rakan media.

Aiman enggan bercerita mengenai status perhubungan mereka bagi menjaga hati banyak pihak terutamanya keluarga.

Tambahnya, pengalaman sebelum ini turut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dalam menjaga sesebuah hubungan.

Sementara itu, ketika ditanya apabila wanita tersebut dikaitkan dengan lelaki lain, Aiman berkata dia tidak berhak untuk menghalang perkara itu.

"Nur Fathia lebih tahu tentang apa yang dia lakukan dan saya tiada hak untuk menghalangnya kerana saya bukan suami dia," katanya.

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Check out my blog at http://sembangbest.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -