Posted by : Unknown Saturday, December 21, 2013

Tahniah diucapkan kepada Aril AF yang kini telah pun sah menjadi suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin, pramugari Saudi Arabia Airline sekitar jam 3.10 petang tadi di Kota Baharu.

10 Foto- Aril AF Kini Sah Suami Kepada Puteri Erma Adlinda

Dengan mas kahwin RM15,000, pengantin lelaki telah menghantar sembilan dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.


Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.


Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.


Dalam pada itu, majlis persandingan akan diadakan untuk ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan seterusnya kenduri kesyukuran bagi sebelah keluarga Aril akan diadakan di Melaka dalam masa terdekat.


Menurut Aril AF,“Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini”


“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” ujarnya kepada media sebelum hari pernikahan hari ini.

10 Foto- Aril AF Kini Sah Suami Kepada Puteri Erma Adlinda | Tahniah diucapkan kepada Aril AF yang kini telah pun sah menjadi suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin, pramugari Saudi Arabia Airline sekitar jam 3.10 petang tadi di Kota Baharu.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -