Posted by : Unknown Saturday, December 7, 2013


Paul meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri pada minggu lalu.
PIHAK Universal Studios dilaporkan mungkin akan membatalkan penerbitan filem Fast and Furious 7 berikutan kematian bintang utamanya, Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri di Selatan California minggu lalu.
Menurut laporan Fox News, pihak penerbit dan pengarahnya, James Wan merasakan terlalu sukar untuk meneruskan baki penggambaran filem itu tanpa Walker kerana ada beberapa babak penting melibatkan pelakon itu masih belum dirakamkan.
"Selepas berita kematian Paul, pihak produksi memutuskan untuk berehat seketika bagi menghormati mendiang namun kini pihak penerbit berpendapat keseluruhan produksi itu patut dihentikan," kata sumber.
Fast and Furious 7 telah memulakan penggambaran pada September lalu dan produksi tersebut dihentikan seketika bersempena sambutan Hari Kesyukuran.
Malah kata sumber tersebut, perancangan untuk memulakan semula penggambaran filem tersebut turut memberikan masalah besar kepada produksi.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -