Posted by : Unknown Sunday, December 15, 2013

Amiruddin Othman, suami Noraida Abd. Mutalib, bertegas tidak akan mengalah dalam kes isterinya dan Adi Putra tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.

Noraida & Suami Mahu Adi Putra Mohon Maaf

Kata Amiruddin, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.

"Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya.

Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat. Adi Putra sebelum ini mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.


Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.


Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.

"Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Noraida, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.

"Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya.

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. bini orang yang gatal pastu buat kecoh apabila suaminya tahu.suami pulak jenis mata duitan,minta duit ganti rugilah tu!!!..boleh tahan juga bini gatal ni..buah dada mekar sepanjang tahun

    ReplyDelete
  2. Semacam jee epal lagi tu....

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -