Posted by : Anas Nazri Thursday, December 5, 2013

Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi?
 Pelakon & pelawak Sharifah Sakinah yang telah ditemui bersempena dengan tayangan perdana filem Ular di Cathay Cineplex, Damansara kelihatan ditemani oleh seseorang jejaka mat saleh yang kelihatan segak sekali.
Sakinah memberitahu bahawa lelaki itu bukan kekasih atau pun cinta hati baru tetapi merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium dan katanya lagi disebabkan lelaki itulah dia kini telah hilang berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan.
“Lelaki itu merupakan jurulatih peribadi saya di pusat gimnasium dan sebab dialah saya telah kehilangan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan. Lelaki mat saleh itu juga sebelum ini merupakan jurulatih kak Lin (Sharifah Haslinda)”
“Dia menjaga makanan saya, semualah dan dia menemani saya di sini kerana dia ingin melihat industri hiburan tanah air, dan dia juga menyatakan hasratnya ingin menjadi seorang pelakon”
Sakinah memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tidak mempunyai mana-mana kekasih lagi dan lebih suka untuk bekerja dahulu kerana usianya juga masih muda dan banyak benda yang perlu dipelajari sebelum ke alam perkahwinan.
“Saya masih single belum ada kekasih. Lagipun saya masih muda banyak benda yang perlu saya belajar sebelum berkahwin dan banyak lagi cabaran yang perlu saya hadapi sebelum ke alam perkahwinan,” katanya.
Bagi peminat Sharifah Sakinah, yang ingin melihat bagaimana ‘Ular’ membelitnya anda bolehlah melihat lakonannya menerusi filem itu yang bakal ditayangkan pada 5 Disember ini diseluruh pawagam tanah air. – Roti Kaya

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -