Posted by : Unknown Tuesday, December 17, 2013

Gagal dalam hubungan dengan dua jejaka sebelum ini, Shila Amzah dilihat lebih matang dan tenang ketika ditebak wartawan berkaitan kontroversi yang melanda dirinya.

Shila Amzah Tak Akan Mudah Terima Johan Seperti Dulu

“Saya akan lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Kalau boleh, saya cuba elak segala benda yang boleh menimbulkan prasangka termasuklah hadkan pergaulan dengan kawan-kawan. Semua ini adalah asam garam dalam kehidupan artis. Orang akan kata kita buat walaupun kita tak buat.

"Sekarang, saya akan cuba mempelajari untuk mengenal semua kawan-kawan. Tidak mahu perkara yang sama berulang. Saya juga tidak mahu orang sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan yang saya tunjukkan.

"Sejujurnya, saya sangat kecewa, apabila saya bersangka baik dengan orang, melayan orang dengan cara yang paling baik, namun orang mengkhianati saya. Apa pun, fokus utama saya adalah karier dan tidak terfikir untuk mencari kekasih,” katanya.

“Bukan mudah untuk orang cuba masuk dalam hati saya dan sebolehnya saya tak mahu dipermainkan lagi,” katanya yang pernah dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad dan Johan As'ari.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Johan, menurut Shila lagi, dia tidak akan semudahnya menerima Johan seperti dulu.

Shila Amzah Tak Akan Mudah Terima Johan Seperti Dulu

Tambah Shila, apa yang berlaku biarlah berlalu. Baginya ada hikmah yang lebih baik untuk dirinya dan juga Johan.

“Saya tidak ada sebarang masalah dengannya. Saya doakan kebahagiaan buat dia. Namun untuk saya berkawan semula dengannya seperti dulu, itu tidak mungkin. Saya ada alasan sendiri mengapa saya menjauhkan diri.

“Yang penting sekarang, saya sudah bahagia bersama keluarga, rakan-rakan dan kerjaya saya,” katanya. 

Menyedari kisah cintanya hanya banyak melemparkan pandangan negatif terhadap dirinya, Shila berkata, dia sebolehnya tidak mahu mengambil pusing situasi itu.

“Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Apa yang orang nak cakap mengenai saya, tidak berpuas hati dengan saya, biarkan.

"Saya tahu apa yang saya buat. Dan sehingga kini saya sangat menjaga nilai moral dan nama baik keluarga," katanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -