Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek
Penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza kini memegang pangkat nenek apabila anak tirinya, Anas Zawawi selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.
Anas Zawawi, anak lelaki Dato’ K mengahwini Nasha Alyssa yang merupakan anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn pada 24 November tahun lalu.
Justeru Siti dilihat turut mengirim tweet tahniah kepada besannya itu.
Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek
Siti dilihat turut menerima banyak ucapan tahniah atas ‘status’ barunya ini.
Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek
Dalam pada itu Datuk Seri Hishamuddin kelihatan amat teruja dengan kehadiran cucunya yang diberi nama Ayden ini.
Lihat sahaja gambar yang dikongsikan di laman Twitter beliau.
Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek
Siti Nurhaliza Dah Jadi Nenek
Apa pun, didoakan semoga Ayden menjadi anak yang soleh dan berjasa dalam keluarga.
Apa pun pangkat nenek bukan penghalang untuk Siti menimang cahaya mata sendiri jika ada rezeki satu hari nanti.
Maklumlah walaupun bergelar nenek, Siti masih muda dan sihat. Tak keterlaluan dikatakan, inilah nenek paling ‘glamer’ di Malaysia! – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -