Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
 Nak jadi artis perlu ketahanan mental dan kesabaran yang tinggi.
Kalau dahulu tekanan cuma datang bila baca artikel yang menghentam di surat khabar dan majalah tapi sekarang, media sosial turut jadi tempat artis diselar sesuka hati.
Tak hairanlah banyak kes artis bergaduh dengan peminat atau orang awam di media sosial.
Terbaru, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin dilihat mengamuk di Twitter.
Puncanya bila ada peminat Nubhan menyatakan dia lebih sesuai berduet dengan Adira tapi turut mengirim pesanan itu kepada Mila.
Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
Mungkin bahasa yang digunakan terlalu kasar bagi Mila untuk dia menerimanya, penyanyi kecil molek ini mula membalas dengan bahasa yang agak keras juga.
Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
Mila kemudiannya melakukan perkara sewajarnya iaitu menyekat individu yang mendidihkan darahnya itu daripada mengikuti Twitter @Mila_Jirin. Kata Mila dia bukan jenis yang suka marah-marah tapi nampaknya kali ini dia tidak dapat melawan perasaan tersebut.
Mila Jirin Amuk Peminat Nubhan Di Twitter
Takpelah benda dah lepas, isu kecil je pun.
Tapi sebagai artis bawalah bersabar sebab ini harganya kalau nak masuk dunia popular.
Kalau Mila tengok media sosial artis lain macam Nabila Huda misalnya, pehhh lagi ‘makan dalam’ komen yang diterima mereka! – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -