Posted by : Unknown Friday, December 20, 2013

ohmedia-skandal-adi-putra-mahu-buka-semula-kes
Wanita berstatus isteri yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit bersama pelakon Adi Putra telah diceraikan oleh suaminya Haji Amiruddin dengan talak satu secara lisan pada Khamis jam 4.30 petang di kediamannya Kulai, Johor.
Berita itu disahkan sendiri oleh bekas suaminya Haji Amiruddin. Menurut beliau, dia telah membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu lagi mengharungi kes skandal Nooraida bersama Adi Putra selain untuk kebaikan bersama.
“Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
“Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan dari hati ke hati untuk kebaikan bersama,”
“Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.” katanya yang ditemui wartawan di Pejabat Peguam Negara hari ini.
Sebelum ini, Haji Amiruddin setegas-tegasnya memberitahu dalam sidang media yang diadakan bahawa dia mahu membuka semula kes skandal Nooraida dan mendakwa siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah tidak telus sehingga menyebabkan kes itu digugurkan dan tiada pertuduhan dikenakan kepada Adi Putra.
Namun sebelum beliau pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.

“Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan. Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
“Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami,” ujarnya.
Ditanya bagaimana reaksi Nooraida setelah Haji Amiruddin melafazkan cerai, beliau berkata;
“Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi. 
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.
Sumber: mstar.com.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -