- Back to Home »
- artis »
- Wajarkah Anugerah Sebegini Dipertaruhkan?
Posted by : Unknown
Saturday, December 7, 2013
Kelainan yang cuba diketengahkan oleh pihak penganjur Anugerah Bintang Popular kali ini menerusi pertambahan kategorinya seakan-akan mendapat kritikan daripada banyak pihak.
Ini kerana menerusi pencalonan Anugerah Aksi Di Youtube Paling Popular, ianya memaparkan video-video yang menjadi perbualan hangat sepanjang tahun ini.
Antara yang tercalon ialah video isteri pemain bola sepak, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan serta video ‘macam cantik je, macam comel je’ turut mendapat tempat dalam kategori tersebut.
Ramai yang mengatakan anugerah sebegini hanya mengalakkan orang di luar sana untuk tampil dengan video-video yang tidak berfaedah, malah ada juga mengutuk kenapa perlu diiktiraf ‘orang-orang’ sebegini.
Malah, ada juga yang tampil dengan slogan ‘stop making stupid people famous’.
Ada betul juga cakap mereka itu kan..
Yelah, cuba bayangkan kalau video isteri Mat Yo yang menang, siapa yang akan datang mengambil trofi tersebut?
Takkan selepas dihina dan dicaci oleh seluruh rakyat Malaysia atas perbuatan biadap dia tu, dia dengan bangga diri nak naik pentas terima penghargaan pulak kan..
Namun, tak semua video dalam pencalonan tersebut ‘menjengkelkan’, ada juga yang berilmiah dan mempunyai mesej yang tersendiri.
Contohnya video Mat Lufthi dan juga video si comel Arrian, anak Tomok yang boleh dijadikan penghibur buat segelintir pihak.
Jadi, buat anda yang mahu mengundi, undilah dengan bijak ya.
Jangan jadikan video-video ‘menjengkelkan’ seperti itu diiktiraf, nanti lama-lama makin ramai orang di luar sana yang sanggup memperbodohkan diri mereka semata-mata demi sebuah kemasyhuran. – MyNewsHub