- Back to Home »
- cara semak slip gaji online , informasi »
- Semakan Slip Penyata Gaji Online Bagi Kakitangan Awam 2013
Kepada semua penjawat awam, anda kini sudah boleh mendapatkan slip
penyata gaji secara online melalui sistem e-penyata gaji yang disediakan
oleh jabatan akauntan negara Malaysia (JANM).
Cara-cara mendapatkan penyata gaji Online
Cara untuk mendaftar, pengguna dikehendaki melayari laman web ANM (http://www.anm.gov.my). Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Sila layari pautan dibawah untuk ke penyata gaji online:
e-Penyata Gaji dan Laporan Tahunan]
Seterusnya, klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan penuhkan ruangan
kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap,
Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses
sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji bulanan dan
pendapatan tahunan.
No gaji boleh didapati di slip penyata gaji anda yang lama.
Untuk makluman, penyata gaji boleh diperolehi menerusi
website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap
bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.