Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Baru Nak Kahwin Lepas 80 Tahun Bersama
 BARANGKALI, inilah pasangan paling lama bersekedudukan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin!
Di Paraguay, sepasang kekasih akhirnya mengikat tali pernikahan secara rasmi setelah bersama selama 80 tahun.
Jose Manuel Riella, 103, dan Martina Lopez, 99, bertemu, bercinta lalu hidup bersama pada 1933, iaitu sebelum Perang Dunia II tercetus lagi.
Sepanjang bersama hingga ke hari ini mereka dikurniakan 8 anak, 35 cucu, 50 cicit dan 20 piut.
Tapi cuma baru tahun ini – mereka terfikir untuk disahkan dalam satu majlis sebagai suami isteri dengan kehadiran paderi.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran saudara mara dan cucu cicit mereka, dengan Lopez menitiskan air mata terharu kerana sudah terlalu lama menanti saat ini. – MyNewsHub
Baru Nak Kahwin Lepas 80 Tahun Bersama
Baru Nak Kahwin Lepas 80 Tahun Bersama

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -