Posted by : Unknown Wednesday, December 4, 2013

Bekas Suami Rita Rudiani, Aidil Zafuan Makin ‘Selesa’ Di Sisi Zarema
Kisah hubungan rapat antara Aidil Zafuan, pemain bola sepak terkenal yang juga bekas suami pelakon, Rita Rudaini dengan wanita bernama Zarema Zainal sebenarnya bukan perkara baru.
Malah hubungan istimewa antara mereka sudah bertebaran sejak Aidil dan Rita mengalami keretakan rumah tangga lagi.
Kedua-dua pihak bagaimanapun dilihat menyembunyikan keakraban mereka meskipun beberapa gambar membuktikan mereka meluangkan masa bersama pernah tersebar di internet sebelum ini.
Apa pun, Aidil kini sudah nyata bukan lagi suami orang setelah menjatuhkan talak ke atas Rita, 4 Ogos lalu. Setelah sekian lama bekas pasangan suami isteri ini berperang menerusi media dan naik turun mahkamah, mungkin inilah keputusan terbaik untuk mereka.
Menerusi cara ini baik Aidil mahu pun Rita, bolehlah membina hidup baru dengan pengganti masing-masing.
Malah selepas sah sudah status Aidil bukan lagi suami kepada Rita, pemain bola ini pun dilihat sudah makin terbuka mempamerkan hubungannya dengan Zarema.
Hal ini dapat dilihat di laman Instagram Aidil yang tidak lagi sorok-sorok bergambar bersama kawan baik pelakon popular, Nora Danish itu.
Mereka juga dilihat sama-sama menghadiri majlis hari lahir anak buah hati Nora Danish, Nedim Nazri.
Sekiranya benar Aidil dan Zarema mempunyai hubungan istimewa, harap-harap segeralah makan nasi minyak. Dan jika mereka membina rumah tangga bersama selepas ini, pasti banyak boleh dipelajari oleh Aidil daripada pengalaman silamnya untuk dijadikan panduan.
Apa yang penting, jangan dilupakan zuriatnya bersama Rita iaitu Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin yang masih memerlukan perhatian seorang bapa dalam menjalani proses membesar. – MyNewsHub


Bekas Suami Rita Rudiani, Aidil Zafuan Makin ‘Selesa’ Di Sisi Zarema

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -