Posted by : Unknown Wednesday, October 23, 2013

Curi Beg Berjenama, Jual Semula Di Laman Ebay
Curi Beg Berjenama, Jual Semula Di Laman Ebay - Seorang wanita dari Wiltshire, England, Jayne Rand telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan selepas didapati bersalah mencuri 905 buah beg tangan berjenama mewah sejak tiga tahun lalu.
Dia ditahan semasa sedang melakukan perbuatan rutinnya itu di sebuah pusat membeli belah di Cwmbran, Wales.
Apa yang mengejutkan, dia mencuri beg-beg berjenama itu dan kemudiannya menjual barangan curinya di laman web lelong, Ebay.
Modus operandi wanita berusia 48 tahun ini adalah sangat mudah.
Dia memasuki premis jenawa mewah tanpa membawa sebarang beg, sebelum berpura-pura keluar dari butik dengan menjinjing beg yang dicuri seolah-olah itu merupakan beg yang dibawanya dari rumah.
Antara beg yang dicurinya ialah dari koleksi Louis Vuitton, Dior, Burberry, Prada dan Gucci.
Hasil jualannya di laman Ebay, Rand dikatakan telah memperolehi sebanyak £88,000 (RM451,000).

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -