Posted by : Unknown Thursday, October 17, 2013

Dato Ac Mizal Berdakwah Dengan Cara Rap
Baru-baru ini umat Islam di seluruh dunia dengan penuh kesyukuran telah menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha. Aidi lAdha juga sinonim dengan Hari Raya Haji di mana umat Islam akan berkumpul d itanah suci Mekah untuk menjalankan ibadah haji.

Selain itu, perayaan ini juga turut dikenali dengan nama Hari Raya Korban kerana sebahagian umat Islam seluruh dunia akan menjalankan ibadah korban dengan mengorbankan binatang ternakan mereka. Dalam erti kata lain, perayaan Aidil Adha sememangnya mendekatkan umat Islam dengan pelbagai ibadah sebagai tanda kita umat yang bersyukur.

Menyentuh bab ibadah, berdakwah juga merupakan salah satu cara kita beribadah dan nampaknya pengacara popular tanah air, Dato` AC Mizal mempunyai cara tersendiri dalam berdakwah.
Bekas pengacara Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak ini telah memilih lagu rap sebagai caranya untuk berdakwah. Dan kerana itu, dia telah berkolobrasi dengan bekas juara AF3 iaitu Mawi dalam menghasilkan sebuah lagu bertajuk Al-Haq di mana Mawi sebagai penyanyi dan dia sendiri sebagai rapper.

Al-Haq adalah sebuah lagu dakwah di mana banyak pengajaran di dalam liriknya yang mengingatkan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Untuk berbicara dengan lebih lanjut lagi mengenai lagu terbaru Mawi dan Dato` AC Mizal ini, kedua-dua mereka akan hadir dalam program MeleTOP malam ini sebagai tetamu jemputan.
Selain itu, MeleTOP juga membawakan dua orang pelakon berbakat besar iaitu Syarif Sleeq dan Shukri Yahaya yang membintangi drama bersiri terbaru Sahabat. Sahabat ialah sebuah drama tentang persahabatan yang hangat bersiaran di Astro Ria (104).

Pelbagai cerita menarik dan perkembangan terbaru bakal dikongsi bersama oleh keempat-empat tetamu undangan ini khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Jangan lupa menyaksikan MeleTOP malam ini bersama hos Neelofa dan Nabil Ahmad yang bersiaran pada jam 10 malam di Astro Ria (104) danMaya HD (135).

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -