Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Denggi

Kematian Akibat Denggi Meningkat 104%

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat wabak denggi terus berlaku dengan dua suri rumah masing-masing berusia 27 dan 52 menjadi mangsa terbaru nyamuk denggi di Johor dan Perak.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, turut menjadi mangsa baru denggi adalah seorang pesara berusia 63 tahun di Pulau Pinang.
“Ketiga-tiga kes kematian ini berlaku pada minggu lalu iaitu dari 6 hingga 12 Oktober 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Lokman Hakim berkata, siasatan lanjut Kementerian Kesihatan mendapati kawasan kediaman ketiga-tiga mangsa mencatatkan kadar pembiakan aedes yang tinggi.
Menurut beliau, lokasi pembiakan aedes ditemui di polisterin, mangkuk dan botol plastik, tong sampah, kolah air serta topi keledar terbiar.
Beliau dalam pada itu memaklumkan kematian akibat denggi di negara ini dari Januari lalu meningkat 104 peratus iaitu sebanyak 55 kematian berbanding 27 kematian untuk tempoh sama pada tahun lalu.
Jelas beliau, negeri tertinggi mencatatkan kematian akibat wabak denggi adalah Selangor (14), Johor (12), Kuala Lumpur dan Putrajaya (7) dan Melaka (6).
Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kurang daripada lima kes kematian kecuali Terengganu, Negeri Sembilan dan Labuan yang tidak mencatatkan sebarang kes. – mynewshub.my

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -