- Back to Home »
- kesihatan »
- Mati selepas buang Tatu
Posted by : Unknown
Monday, October 28, 2013
Seorang
lelaki yang bakal menghadiri temu duga bagi jawatan konstabel Polis
Diraja Malaysia (PDRM) meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim
(HSAH), di sini, awal pagi kelmarin, apabila tidak sedarkan diri selama
12 hari akibat membuang tatu di badannya di sebuah klinik swasta, di
sini, 12 September lalu.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, N Dinesh Nair, 25, dari Taman Tiong, Kulim, ke sebuah klinik di Jalan Sekerat, di sini, bagi membuang tatu di badannya, namun tiba-tiba pengsan ketika proses mencuci sebelum dikejarkan ke HSAH dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH, namun meninggal dunia selepas 12 hari di situ, kelmarin,” katanya.
“Mangsa membuang tatu di klinik berkenaan selepas mendapat surat panggilan temu duga bagi jawatan konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. di sini, semalam.
Berikutan itu, keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan klinik berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kaula Muda, pagi kelmarin.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian.