Posted by : Unknown Saturday, October 19, 2013

Preve LE

Nantikan Proton Preve LE 17 Disember 2013.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) akan mengumumkan keluaran khas Preve LE pada 17 Disember ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, Preve LE merupakan edisi terhad membabitkan pengeluaran cuma 100 unit.
“Preve LE ditampilkan dengan `body kit’ baharu, `leather seats’, rim 17” dan enam `airbags’.
“Kereta edisi khas ini boleh diperoleh dengan warna `solid white’ dengan harga daripada RM79,688 sebuah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau dalam pada itu memaklumkan orang ramai berpeluang memenangi kereta tersebut melalui pertandingan `Pandu dan Menang’ anjuran Proton yang bermula hari ini.
Menurutnya, pemenang hadiah utama bagi pertandingan tersebut akan diumumkan pada hari pengumuman Preve LE.
Jelas beliau, pertandingan itu terbuka kepada rakyat Malaysia dan mereka yang memegang status penduduk tetap.
Orang ramai yang mahu menyertai pertandingan itu dikehendaki hadir ke mana-mana bilik pameran Proton atau melayari laman web www.proton.com.
Beliau dalam pada itu memaklumkan Proton akan mengeluarkan warna baharu Proton Preve iaitu Soft Lilac yang ditumpukan kepada golongan wanita.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -