Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

XBOX

PS3 Bersaing Dengan XBox 360

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan secara rasmi oleh NPD Group,PlayStation 3 telah menggulingkan takhta XBox 360 daripada carta permainan konsol yang mencatatkan jualan tertinggi di Amerika Syarikat buat julung kalinya dalam tempoh dua tahun setengah.
Bagaimanapun. pengeluar lesen XBox 360 iaitu Microsoft melaporkan sebaliknya: permainan konsol ciptaan mereka telah mengaut keuntungan berganda setelah 80 juta unit terjual sejak dilancarkan sekitar tahun 2005 yang lalu.
Tewas kepada Sony buat pertama kalinya, Microsoft mahu membuktikan kepada peminat tegarnya bahawa syarikat itu masih berdiri teguh dengan penjualan sebanyak 1.6 juta unit untuk tahun 2013 di negara itu sahaja.
Kenaikan penjualan kedua-dua unit konsol ini adalah hasil sumbangan permainan video Grand Theft Auto V yang mendapat sambutan hangat daripada peminat setianya. Apatah lagi,GTA V berupaya untuk merentasi platform (cross-platform) selain boleh dimain secara dalam talian.
Dengan jumlah keselurahan sebanyak 80 juta unit terjual di seluruh dunia, XBox 360 kini selesa dalam tempat ketujuh kedudukan model permainan video terlaris sepanjang zaman di pasaran selain daripada PlayStation 1 dan 2,Nintendo DS, Wii dan Game Boy Advance.
Microsoft dan Sony dijangka akan melancarkan unit XBox One dan PlayStation 4 bulan hadapan. – SARA KHALID

{ 1 comments... read them below or add one }

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -