Posted by : Anas Nazri Thursday, October 24, 2013

fasha kurus Rahsia Fasha Sandha Turun 20 Kg Selepas Bersalin
Rahsia Fasha Sandha Turun 20 Kg Selepas Bersalin| Dengan hanya mengamalkan makanan seperti sayur-sayuran, taufu, ayam dan ikan sebagai hidangan hariannya, berat badan pelakon popular Fasha Sandha kini kembali ke tahap ideal selepas melahirkan bayi sulungnya, Putra Rayfal Jun lalu.
Bukan itu sahaja, pelakon kontroversi itu juga mengamalkan pengambilan 8 gelas air setiap hari selain pengambilan makanan kurang berkarbohidrat dan mengamalkan pengambilan epal hijau setiap kali terasa lapar.
Namun apa yang pasti, diet sihatnya itu menjadi lebih aktif selepas mendapatkan rawatan pelangsingan berat badan yang selesa lagi tidak menyakitkan daripada Slim World selama empat bulan sejak Jun lalu.
Daripada berat badan asalnya mencecah 78 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan 58 kilogram selepas menjalani beberapa rawatan pelangsingan yang disediakan Slim World dari masa ke semasa.
“Saya kehilangan 20 kilogram dalam masa 4 bulan iaitu daripada 78 kilogram kepada 58 kilogram.
“Semuanya selepas saya menjalani beberapa rawatan intensif seperti Bio iST yang memerlukan masa selama dua jam setiap kali rawatan.
“Saya juga akan memastikan untuk minum 8 gelas air sehari dan mengambil ayam, sup taufu dan sayur-sayuran sebagai makanan malam saya.
“Malah saya juga akan cuba untuk tidak mengambil makanan dan air selepas jam 9 malam,” katanya berkongsi petua untuk tampak langsing selepas bersalin.
Fasha Sandha telah dipilih sebagai duta baru Slim World selepas didekati jenama kecantikan badan berkenaan ketika dia hamil tiga bulan.
Majlis pengumuman Fasha sebagai duta Slim World telah diadakan petang semalam yang turut disaksikan pihak media dan wakil daripada jenama berkenaan.
Tambah pelakon itu lagi, selain rawatan  Bio iST dia turut mendapatkan rawatan DTM, HotMask, Aroma Steam Bath & Lymphatic Drainage dan  Micro Massage.
Kata Fasha, selain pengambilan makanan sihat, rawatan pelangsingan yang dijalankan di Slim World ternyata telah memberi kelebihan untuknya menyarungkan pakaian kegemarannya meskipun selepas empat bulan melahirkan bayi.
Tambahnya, sejak diberi peluang merasai semua rawatan pelangsingan di pusat kecantikan berkenaan, dia mula percaya bahawa semuanya pasti, apatah lagi rawatan yang disediakan disitu langsung tidak menyakitkan.
“Bagi saya, rawatan pelangsing akan memberi kesan kepada seseorang sekiranya ada disiplin yang kuat dalam pemilihan nutrisi makan, makan dengan bijak dan pilihan makanan yang betul.
“Mendapatkan rawatan secara berterusan dan tidak ketinggalan senaman ringan akan dapat membantu penaikan berat badan serta mengekalkan bentul badan diingini,” katanya.
Selain Fasha Sandha, artis lain yang bergelar duta Slim World iaitu Ziana Zain, Erra Fazira dan Azizah Ariffin.-murai-

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. Ngepeng Slim World tu..org Slim World taja fasha tu

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -